GEORGE TOWN: Pemaju projek The Light, IJM Land Bhd memaklumkan terdapat penutupan lorong sementara dan lencongan trafik di median laluan Bayan Lepas dan George Town di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Selasa dan Rabu ini.
IJM Land dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan The Light Interchange, melibatkan pembinaan tanjakan bertingkat baharu menghubungkan The Light Waterfront Pulau Pinang dan pelebaran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Menurut IJM Land, sebarang lencongan lalu lintas sementara atau penutupan jalan akan dijadualkan di luar waktu puncak iaitu dari 10 malam hingga 5 pagi bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya.
"Penambahbaikan ini akan memberi manfaat besar kepada orang ramai dengan mengukuhkan infrastruktur semasa.
"IJM Land berdedikasi untuk meminimumkan kesan pembinaan kepada orang awam dengan melaksanakan pelan pengurusan trafik sepanjang tempoh pembinaan," menurut IJM Land.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Menurut IJM Land, sebarang lencongan lalu lintas sementara atau penutupan jalan akan dijadualkan di luar waktu puncak bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya. - Gambar hiasan
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup sementara, dilencongkan
Pemaju projek The Light, IJM Land Bhd memaklumkan terdapat penutupan lorong sementara dan lencongan trafik di median laluan Bayan Lepas dan George Town di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Selasa.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan kepada RHB LEKAS Highway Ride 2023
LEKAS akan ditutup sementara dari 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada acara berbasikal malam tahunan RHB LEKAS Highway Ride 2023 (Edisi ke-8).
LTdL: Polis Perak umum lencongan, penutupan jalan
Lencongan dan penutupan jalan akan dilaksanakan di beberapa lokasi di negeri ini sempena perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-27 pada tahun 2023.
22 jalan ditutup sementara sempena Hari Kebangsaan - Polis
Penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
Jalan utama ditutup sebulan, aliran trafik Gua Musang mulai sesak
Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis menyebabkan aliran trafik sesak.
Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.
KM73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup akibat mendapan
Laluan Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan ditutup sepenuhnya hari ini ekoran mendapan yang berlaku akibat hujan lebat berterusan.
Hari Kebangsaan: Beberapa jalan di sekitar Kuala Terengganu ditutup
Beberapa jalan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ditutup secara berperingkat esok dan lusa bagi memberi laluan kepada raptai penuh perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan.